Sunday, March 17, 2013

Weirdo

Assalamualaikum.

Bukan nak mengata sesiapa. Just nak share satu cerita yang bagi menarik. Pasal classmates aku. Okay, aku bagi nama lelaki tu A, yang perempuan Q.

A ni memang pendiam sikit. Tapi kalau dengan orang-orang yang dia kenal boleh tahan jugak mulut dia ni. Even aku sendiri pun jarang bercakap dengan dia. Just cakap benda-benda yang penting. Plus, aku tak pernah satu group dengan dia. So, lagi la tak bertegur. Entah nama aku dia tahu ke tidak. Hehehe.

Q ni kawan aku, which mean close friend. Sebab mana-mana aku pergi dengan dia. Sejak masuk U, aku dah tak da kawan ramai-ramai macam time sekolah menengah dulu. Kalau dulu samoai 8 orang. Tapi sekarang aku prefer untuk rapat dengan sorang dua je. Much better i think.

Q ni maybe teringin kot nak cakap dengan dia. So, one day tu diorang keluar la makan. Bukan berdua je, dengan classmates yang lain la. A ni seronok la makan and gelak-gelak dengan sorang lagi kawan aku ni, W. W ni perempuan. Q pun rasa, ok ni time yang sesuai untuk try bercakap dengan A. Q pun tanya la something. Tapi A buat tak tahu je, tak layan and dia terus diam dari gelak-gelak tadi. Pelik kan.

Q pun cerita la kat aku. Aku cakap la maybe dia tak dengar. Q bagi tahu aku yang W duduk lagi jauh dari dia and A. Tapi si A boleh je dengar. Hahaha. Aku cakap la dengan Q yang aku pernah cakap dengan dia, dia jawab je. Tu lagi buat si Q ni jadi pelik. Q fikir yang A ni tak suka dia. Aku cakap, "eh, tak la. aku rasa cara kau approach dia salah kot. Or maybe soalan kau tu dia rasa macam malas nak jawab"

Kesian aku tengok kawan aku tu. Aku rasa dia just nak berkawan dengan A. Tapi A tu pelik sangat pulak perangainya. Sekarang ni aku satu group dengan si A tu, group bi. Aku ingat yela pendiam tapi ermm hampeh. Boleh tahan jugak kalau nak kenakan orang. Sabar je la aku. Aku suruh dia cakap Sarawak sikit, aku nak dengar. Then tahu dia buat apa. Dia ulang perkataan SARAWAK tu banyak-banyak kali dengan muka dia yang innocent tu. Haih, sakit pulak hati kita ni. Dia senyum je.

Pelik..pelik :)

No comments:

Post a Comment