Thursday, May 19, 2016

REDHA .


K. Sekarang da ada masa. Actually, ada je satu lagi paper, tapi since tak tau nak baca apa, so aku amek kesempatan ni untuk sambung entri ni.

Sebenarnya ni pasal classmates aku sendiri, pasal betrayal. Aku sebenarnya tak amek port pon pasal masalah orang. Malas nak jadi busybody, da besar kan. Hehehehe. Tapi disebabkan benda ni berlaku dgn org yang dekat dgn aku, so aku nak share la. Sepanjang preparation untuk submission banyak benda yang jadi. 

Untuk diri aku sendiri, bila kau buat kerja dua orang tapi partner kau terpaksa balik sebab kakak kawin, which is aku rasaa okayy. Aku tak kisah pon, sebab sir sendiri ckp oral submission masing2. And aku pon da deal dgn dia, acceptable la kan wey kalau kakak kawen n kau kena balik, so aku ok je laa. Aritu adik aku kawen pon dia kena buat sorang2 jugak. So, no probs laa kan.

Pada hari kejadian, aku berdiri sorang untuk SUBMIT CASE. Selalu ada orang kiri kanan. In case, bila tak boleh jawab apa judge tanya boleh sepak2 sikit kaki org sebelah mintak tolong bg hint. So, bila kau berada di medan peperangan sorang2 mula la peluh dingin membahasi dahi. Ehhhhhhh, OVER :) Btw, semua berjalan lancar kecuali bila kena perli pasal contract of bailment. Aku ounya confident weyy explained kat dia, tak refer kertas. But then, dia bg aku contoh pizza delivery kat aku. Kau agak aku nak buat muka macam mana, SO aku senyummmmm je aaa. Wiwiwiwiw. 

Adalah kawan aku ni, tak tido malam sebab nak siapkan submission. Aku yang buat kerja sorang2 pon tak de laa nak stay up sampai macam tu sekali. Tapi ceritanya bila pada hari submission, bundle authorities dia kena koyak depan mata weyyyy. Apa kau rasa ??? Time tu aku ada kat tempat kejadian. Aku siap dengarr la bunyi kertas kena koyak. Memang NERVOUSSSS gilaaaaaa kan. Even tu bukan aku punya tapi aku ada jugak perasaan seram tu. Sir cakap nak fail kan la apa semuaaaaa.

Seriousss beb cuakkk gilaaa. Ni first time la aku tengok kejadian macam tu. Sumpah mengerikan. Time ni la, kawan aku aku tu cakap dia rasa macam kena betray, Sebab apa??? Untuk lepas kan diri, partner dia bagi jawapan untuk selamat kan diri dia jee. Serious wey, kesian kat yang sorang tu, bayangkan laa each person was given approximately 10 mins untuk buat submission and kawan aku tu just sempat cakap dalam 2mins macam tu je. Aku tau sebab aku time keeper waktu tu. Kesiainnnnn weyyy. 

And lagi teruk lagi bila check carry marks dia dapat satu je. SATUUUUU JEE. Dia luahkan la kat aku yang dia sedih, aku pon sedih gak. Sebab aku tak expect yang sir akan bg satu. Dia kata dia nangis malam tu, Sebenarnya bukan masalah satu tu dia sedih, tapi sebab ada Firm lain yang buat exactly the same mistake just org tu punya tak kena koyak je. Tapi guess what ??? Dia dapat tujuh. K lupa nak cakap full marks 10. Lagi la sedih and dia tak redha. And lagi satu partner dia pon dapat tujuh. Kesiannnn kan.  

Ni case lain pulak, maksudnya firm lain la. Firm lawan kawan baik sendiri. Tapi bila hari trial, kawan makan kawan. Raise issue yang tak bincang. Last minute keluarr je macam tu. Kesian laa pihak lawan ni sebab tak tahu pape. Actually, even dalam court lawyers kena bincang nak argue on what basis. Especially untuk main issue. Budak ni pon cakap kat aku yang dia susah nak terima, yang kawan sanggup buat kawan sendiri macam tu. Time ni laaaa di cakap susah nak redha.

Redha, bagi aku susah nak buat. Macam kita boleh maafkan orang tu tapi kita tak lupaa. Maksudnya kita redha ke tak tu? Aku pon tak pasti. Tapi bila dengar cerita dua2 orang ni aku rasaaa, hidup ni macam2 dugaan. Aku nak quote satu ayat kawan aku ni, "Road towards home is so bumpy" . Betul laaa tuuu. Haih

Maybe ni baru sikit kan, nanti bila masuk real life lagi teruk agaknya. Kawan2 bersabar laa. Sikit je lagi nak habis.

To all lawyer-to-be, FIGHTING !!!


No comments:

Post a Comment