Posts

Showing posts from 2022

SOLO Camping !

Image
Salam and hi ! Sebenarnya teringin sangat nak g SOLO camping. Memandang hampir semua barang dah ada. Rasanya boleh kot pergi sendiri. Mesti syok kan menikmati ketenangan dan keindahan alam.  Sikit-sikit ada lagi laa yang tak lengkap macam cooking utensils. Yang lain-lain macam kerusi, meja, flysheet and groundsheet semua dah ada. Tapi ada satu lah problem hihihih. Tent aku macam menara condong pulak hahahhahaa. Rasanya dah patut beli tent baru dah kot. Kalau boleh nak cari port camping yang ada sungai. Private sikit. Ada toilet yang dekat. Nak cari area melaka or negeri sembilan je la. Dekat2 je.  Nak buat list la barang yang nak beli la; Pole besar Fairy lights  Portable stove Cooking utensils Power bank besar (sebab kalau pergi dengan adik beradik selalu minta bantuan kecemasan, kalau dah pergi sorang2 mati kepanasan pulak kalau kipas dah habis baterry) Tent baruuuu !! Eh macam banyak pulak barang yang nak beli. Kalau tak list ni tak tau. Cukup barang dah boleh survey2. Nak tunggu ge

CAMPING YAK YAK YEAH: GOPENG TREE TENT #2

Image
Salam and hi ! Plan ke Gopeng ni memang nak pergi time raya. Kan time raya sekarang kurang pergi ke rumah saudara2. So kteorg plan laa pergi bercamping raya kelima. Antara alasan lain kteorang pilih time raya pergi camping dengan family sebab semua masih lagi bercuti. Tak yah nak apply2 cuti lagi. Senang 2in1. Sebab kan time semua ada, so kteorang berkonvoi 8biji kereta. Bertolak 5/5/2022 pukul 3-4 pagi macam tu.  Ni laaa tempat nya. Tapak khemah luas. Air sungai dia pun best. View cantik tapi time pergi sini tak paham kenapa kat atas bukit tepi sungai tapi cuaca panas nak mampss.. Serious malam tidur pun panas gilaaaa. Padahal sebelum pergi sini dah survey la kan. Semua orang cakap sejuk la. Seronok la. Tapi yang seronok nya trip camping kali ni sebab ada bawak dua chef import dari Kedah. Hahahahahaha. Makan bukan biasa2 style camping tau. Ada spegetti, nasi lemak, kambing bakar. And memang tak sempat nak lapar la. Gambar makanan tak adaa pulak. Maybe kat phone orang lain ada kot. Nak

PETRONAS MALAYSIA OPEN 2022 #lateentry

Image
Salam and hi ! PETRONAS MALAYSIA OPEN 2022 (1-3 JULY 2022) Ni first time aku join event badminton. Minat memang dari dulu. Tapi dulu macam2 halangan, kewangan la, masa la, tak ada geng la. So sekarang bila semua dah stabil and macam mampu sikit baru plan dengan member, WANI. Macam mana pun MO ni kena jadi jugak. Perjuangan nak dapatkan tiket memang susah payah la ceritanyaaaa. Hari yang dorang announce jualan tiket tu, aku dengan Wani dah ready dah. Rasanya 2 jam awal dah ready. Time tu plan siapa cepat dia beli dulu. Tunggu punya tunggu website beli ticket tu jammmm. Aigoooo seram laa kan. Budak2 kat twitter pulak dah heboh2 dapat beli ticket.  Sedihh dahh laa time tu, tiba2 organiser announce yang official website kena hacked. So organiser arrange date lain. So, long story short aku and Wani dapat lah ticket. Memang kteorang target nak beli ticket QF till Final je sebab match yang awal2 tu weekday, soo still kerjaaa. QF hari Jumaat (ponteng aa satu hari hihihihiihii) Sepanjang pergi

CAMPING YAK YAK YEAH: TASIK BIRU CHINCHIN #1

Image
 Salam and hi ! Time ber-camping kat sini, kteorang baru2 lagi nak berjinak-jinak dalam dunia per-camping-an. Hahahaaaa baru beli khemah. Khemah pun beli yang pop-up je. Dulu dengan alasan senang nak set-up. Time tu fikir kalau dah ada khemah boleh laa g camping. Dengan confident and last minute plan nyaa nak camping kat Tasik Biru Chinchin sebab dekat dengan rumah.  So, Kak Teh yang dari Klang pun on the spot balik bila kata on nak camping weekend tu. Masa ni aku khemah pun tak beli lagi. Yang ada khemah Adik and Kak Teh je la. Aku fikir time tu,  aaa lantak la tido je la mana2. Aku bukan kisah sangat. Tengok laaaa khemah nye tu, dengan takde flysheet. Groundsheet buat flysheet. Hahahahhahahaaha. Cacamarba laa orang cakap. Newbiessss kannnnn. Malu tengok jiran2 punya khemah. Dorang dah biasa agknya, set up khemah pun cantik je. Barang sepah2. Tak ada box, main pakai letak je mana2. Janji adaa hahahhahahaha. Bila tengok balik sedih.  Tapi yang best nya kat Tasik Biru Chinchin ni, kita