BACKPACK TO SWISS FOR 12 DAYS #PART3 (SWISS-LUXEMBOURG-BELGIUM-AMSTERDAM)

Salam and hi !

..cont.. 

5/1/2024 (Lux - Brussel, Belgium) 

Aku tak tau la nak cakap tempat ni apa ek. Aku yang malang ke apa, entah la. Ok. So kteorang gerak dari Lux ke Brussel, Belgium naik train. So first train yang kteorang naik tu, mula2 rasa macam biasa je la kan. Plan dia kena tukar train dua kali rasanya. Time yang first train tu, tiba2 ada announcement dalam train tu. Bahasa yang dorang cakap kat sini dutch kot. Tak sure. Tapi rasanya betul hahaha.

Lepas announcement tu, ada macam sorang conductor ni pergi kat semua passenger explain, dia boleh cakap english tapi slang dia memang susah nak paham. So kteorang ni paham yang kita kena tukar train sbb laluan train yang kteorg naik ni banjir. Ok paham setakat tu je la.

Next stop semua orang turun. Tapi pelik nya. Tak tunggu kat tempat train tapi gerak keluar dari train station. Kteorang dah pelik dah. Tapi ikut je la kan. Sebab memang semua orang pergi ke arah tu. Rupanya kena naik bas dulu, bas tu nanti bawak kteorang ke train station yang lain. And jauh jugakk tau.

Lepas naik bas tu dalam 30mins kot dia stop kat satu train station yang USANG, macam dah tak function. So kteorang ingat turun kat situ la. btw conductor train yg tadi tu yang boleh ckp english tu dah tak ada, so Pang pergi tanya driver bus tu, ckp yang kteorng nak g Brussel. Dia paham ke tak agaknya, dia kata "ya ya ya its here". So kteorng pun angkut laa luggage masing2 turun dari bus dengan tak berapa yakin lepas tengok keadaan train station yang macam tu. 

Nasib baik ada sorang laki ni, tanya kteorang nak g mana. So kteorg cakap la nak g Brussel. Cepat2 dia suruh naik balik. Dia kata train station tu kat last stop. Patutlah takde orang pun turun. Hampeh betul driver bus tu. Kalau la laki tu tak tanya, mati beku dah kteorang kat situ 4 orang hahahahhaa. Laki tu from Morocco. Fuh legaa.

Sampai station naik train dah malam baru sampai Brussel. Sampai je terus call Uber. Dah malam tak berani nak naik public transport. Dengan dah tak laratnyaaa. Sumpah satu harini rasa macam nak patah pinggang. Naik uber terus g hotel. Ada pesanan khidmat masyarakat dari driver uber tu, dia cakap jangan bawa bagpack ke belakang. Dia bagi tau kat situ banyak pickpocket. 

Sampai2 hotel, call receptionist dia kata dia tak ada kat situ. Kena tunggu dia lagi 30mins. Menyirap tak kauuuu. Dah la penat, nak rehat pastu kena tunggu dia pulak. Moyanggggg betul. Memang dah takde mood tauu. Sumpah. Aku duduk kat tangga macam gelandangan dengan Nisa, Pang and Fatin g market beli telur, sebab nak buat dinner malam tu.

Itu lah seharian cerita nak sampai ke Brussel.


 5/1/2024 (Brussel, Belgium) 

The next day, pagi2 dah keluar. Sebab tak stay lama pun kat sini. Tak banyak tempat pun nak pergi. 1-2 tempat je.

Ingat kan semalam punya nasib malang dah habis tau. Tak tau apalah nasib aku ni agaknya. Baru turun dari hotel tak sampai 5mins. Tiba2 ada 2-3 orang lelaki, badan dia besar la kan, size orang2 sana kepong aku. Time tu aku cuak la kan. Lagi cuak lepas dia kenal kan diri dia siapa.

"Sorry mam, pls stop. I'm ____. Police from ______ and this is my police card"

Kau tak cuakkk?? hahahahah polis tau, time ni aku pikir, aku ada curi apa2 ke kat situ. Dorang betul2 block aku and tak bagi jalan. Fatin kat depan aku, Pang and Nisaa lagi jauh ke depan. 

Aku dengan nada cuak nyaa panggil "Tennnnnnnnn"

Terus dia datang kat aku tanya kenapa. Ak cakap la dorang polis. Time tu police tu dah explain yang ada someone took something from my bag.

Aku tak percaya tau mula2 sebab duit aku kat Fatin, passport aku kat Pang, phone aku dalam pocket and time polis tu tanya, aku terus check phone. So apaaa je orang tu nak curi. Dalam hati pun ada jugak la terdetik yang dorang ni polis betul ke tak, sebab dorng pakai tshirt biasa je. Card dia tu pun tak tau kan betul ke tak.

Sumpah tak rasa kena pickpocket tau. Tau2 je ada someone ni dah kena pijak dengan polis2 tu. Mula2 aku ingat dia mabuk ke bergaduh ke. Rupanyaa org tu pickpocket aku nya bag.

Lepas Fatin datang dia cakap yang pocket bag aku terbuka. So baru teringat kat dalam aku letak earphone je. Polis tu mintak aku punya passport, tapi aku cakap la passport aku kat kawan. Pang datang. Before Pang nak pass passport tu kat polis tu dia cakap, "u dont cheat me eaa" hahahhaha. At first Pang tak nak bagi pun even lepas dia tunjuk dia punya police card, lepas polis tu tunjuk pistol terus dia bagi hahahhaa.

Polis tu cakap dia nak terus buat report kat situ so aku tak perlu g balai polis. So memudahkan tourist la. Aku dapat balik aku punya earphone and budak yang pickpocket tu kena bawak g balai. Aku chit chat sikit dengan polis tu. Say thank you semua and last sekali polis tu cakap kat aku,

"Welcome to Brussel"

Lepas tu kteorang semua tergelak. Dia pun sama. Serious dorang mmg cekap gilaa and memang stand by je kat situ. Bayangkan lah aku tak rasa, polis tu dah siap tangkap dah budak tu. 

Lepas dari kejadian tu kteorang nak keluar kan phone nak snap gambar pun tak berani. Sumpah time tu nak cepat2 keluar dari tempat tu.

So ada la dua tempat je kot yang kteorang pergi. Kat sini aku nak beli keychain pun dah tak sempat.

Kalau orang tanya la nak pergi lagi ke tak Brussel ni, aku jawab TAKKKKKKK !!!

Cukup kot experience aku dengan police kat situ, sumpah macam series2 polis luar negara tu. Hahahahaha.

Tapi waffle kat sini mmg sedappppppp terukk. Yang paling sedap aku pernah makan selama ni, even im not into pastry tapi yang ni sumpah sedappp. Kalau ada kesempatan pergi laa tryyy. Nama kedai ni Maison Dandoy.











nampak la kan tu bendera Belgium :)




Lepas tu pergi Grand Place. Tengok2 je. Lepas tu cepat2 keluar dari situ sebab kat situ agak crowded jugak.

Tu je gambar2 kat Belgium. Nak keluarkan phone pun takut time ni. 

6/1/2024 (Amsterdam) 

Sebenarnya plan awal takde pun nak pergi Amsterdam, tapi Pang tanya. Mana lagi u nak pergi? Lepas tu aku jawab laaaa "i teringinnn nak pergi Amsterdam". Tak tau kenapa Amsterdam. Just nak pergi tengok2 and jalan2 kat sana. Pelik jugak, ramai jugak tanya kenapa nak pergi ke Amsterdam. Maybe sebab aku suka tengok bangunan2 lama kot.

Kalau ikutkan ticket pergi Swiss tak mahal sgt pun, tapi sebab kteorang ni pergi multi-country so ticket jadi mahal sikit la. Pergi ke Swiss, flight balik dari Amsterdam.

Time pergi Amsterdam ni, kan musim winter, sangat sejuk so tak dapat laa g dia punya windmill village tu. Kteorang pusing2 Amsterdam Canal. Nak pergi ke tempat tu kteorang naik Uber. Orang sini guna Tesla buat uber, terkejut kitewww. Hahahahaha.





Lepas tu singgah satu kedai ni nak beli stroopwafels. Nama kedai dia Van Wonderen. Tak minat sangat sebab manis, tapi dah sampai kita tryy je la.




Kat Amsterdam ni rasa tenang je, tengok orang g sana sini naik basikal. Tapi sebab time winter, tak dapat laa pergi park dia yang banyak bunga tulip tu. Kan best g time spring. Nak pergi lagi laaa. Serious. Tempat ni boleh datang lagi. 


Kat Amsterdam ni pun ada cerita jugak, kat sini kteorang jumpa Malaysian yang stay kat sana sebab kerja. Jumpa time kat hotel. Kteorang stay dekat Mercure Amsterdam City Hotel. Biasalah kan, kalau g oversea tetap cakap bahasa melayu, tiba2 abang ni tanyaa, "eh dari Malaysia ke?" Pastu borak la sikit2, dia orang Johor kot kalau tak silap. 

Dia tanya "korang student ke? Jalan2 time cuti?" 

Hahahahaha, muka kteorang nampak macam budak2 ke. But its ok, i take it as a compliment :)

So next day tu dah siap2 nak pergi hotel yang dekat dengan airport  

7/1/2024.





8/1/2024

naik flight pagi lepas tu transit dubai. Dubai balik malaysia




9/1/2024

pukul 9-10 pagi sampai malaysia.

Comments

Popular posts from this blog

BACKPACK TO SWISS FOR 12 DAYS #PART1 (SWISS-LUXEMBOURG-BELGIUM-AMSTERDAM)

BACKPACK TO SWISS FOR 12 DAYS #PART2 (SWISS-LUXEMBOURG-BELGIUM-AMSTERDAM)

Camping @ Johol, Pilah (Rimba & Woods)