DRC KENABOI CAMPSITE !
Salam and hi !
Untuk kali ni punya camping, plan agak awal. Fatin and Dila survey banyak jugak area Kenaboi tu, sebab sungai dia best. Pilih area Kenaboi sebab main event untuk camping kali ni is MANDI SUNGAI
So kena la cari sungai yang best bukan yang sampai buku lali je. Hahahahaha.Last2 pilih la DRC Campsite. Pastu macam biasa nak tapak yang mana la apa la, kebetulan dekat campsite ni ada deck buluh. Sebelum ni aku tak pernah pacak khemah atas deck. Deck buluh pulak tu. Kakak2 ada jugak suruh beli peg untuk khemah atas deck. Tapi malas cari dah last minute.
13/06/2025 (Jumaat)
Gerak dari Melaka dekat pukul 11 jugak. Sebab nak chill2, lunch dulu baru setup khemah. Lunch kat area Senawang kot, lepas2 tol tu.
Dari situ nak ke Kenaboi tu jah jugak dekat 40mins. Jalan nak sampai ke sana sumpah macam nak g Cameron. Laluan dia lalu kat Kuala Klawang.
Tapi view dia nice lah sebab gunung2 je. Sampai2 terus setup khemah. And sebab khemah kteorg atas deck dia bagi free dome untuk guna. So ada la area nak lepak and masak2. Senang.
Hari first tu takde lah g mandi. Tapi aku dah cakap dengan Fatin and Dila, esok pagi2 lepas subuh kita turun mandi sungai.
Malam tu makan maggi and goreng nugget.
14/06/2025 (Sabtu)
Sebenarnya hari sabtu tu ada kenduri belah family abah dekat Senawang. Tapi sebab aku g camping tak dapat lah ikut. Along siap lajak sampai ke Penang dari Senawang sebab nak cari durian. Hahahahah gigih.
Bangun pagi tu siap masak terus makan and turun mandi sungai.
Orang lain baru celik mata nak masak kteorang dah berendammmm. Air diaa punyaa laa sejuk sampai cramp kaki. Kteorang berendam sampai tengah hari. Time breakfast tu dah siap2 masak nasi. Naik je atas, terus boleh makan.
Ni makanan tengah hari.
Petang tu takde aktiviti, just tido. Bangun2 laparr. Haahhaha. Nasib ada org rajin yg nak masakkk.
Biasa malam takde apa nak buat. Petang tu dah tidur lama, malam dah tak boleh tidur pulak. Layan netflix, pukul 5 baru tidur. Pukul 630 bangun balik, subuh. Perghhh lepas tu dia punya mengantuk tak boleh bawak bincang.
15/06/2025 (Ahad)
Lepas Subuh, aku tidur balik. Mata tak boleh bukak langsung. Hari ni ada Final MLBB pukul 230ptg. Pagi masih dengan sarapan cekodok and sardin.
Ni first experience pasang khemah atas deck, seronok tapi kalau dengan family agak bahaya kot. Kalau ada anak-anak kecik lagi bahaya, tau2 dah ke bawah je nanti.
Siap2 packing dalam pukul 3 jugak. Dah lapar terus waze Pak Gembus hahahaha. Area seremban kot time tu.
Lepas makan terus balik Melaka. Till next camping yaaaa, kalau masih berkesempatan. Ahakss. Ciaoo.
Comments
Post a Comment