Camping @ Johol, Pilah (Rimba & Woods)

 Salam and hi !

Camping kali ni tak pergi dengan my sisters. Kali pergi dengan kawan-kawan. Selalu  plan asyik tak jadi je. Maybe ni boleh jadi annual activity kita. Hahahhaha. Yela kan, last time kteorang g camping tahun lepas time new year. Setahun sekali jela pergi camping.

So kali ni setelah beberapa discussion dan perjumpaan. Tetap lah yang jadi kalau plan last minute.

Plan hari Khamis (16/05/2024). Booking hari Jumaat. Check in Sabtu. Check out Ahad.

Kan senang macam tu, pantas.

Jumpa campsite  ni kat TT. Tengok macam ok je terus book. RM50 per tapak. And kteorang decide untuk pergi sini sebab dekat. Lebih kurang sejam dari Melaka. So onss je laa.

Geng camping untuk kali ni;

  • Me
  • Fatin
  • Dilaa

Yang tahun lepas pun ni lah mukanya.

Actually nak jugak g camping even last minute sebab aku nak rasmi khemah baru. Dah zikir kat sister2 ku bila nak camping tapi tak jadi2. So bila Fatin and Dila on je, dengan segeralah booking and buat depo.

Gerak dari Melaka pukul 3. Sampai campsite dalam pukul 4. Nasib baik campsite ni tak panas. Banyak pokok2. Boleh la bertenang nak set up khemah. Dah la first time nak set up khemah ni. Baru keluar dari kotak hari Jumaat tu. Hahahaha.




Lama jugak nak set up sebab first time kan. Tapi kurang sejam la. Boleh la.

Lepas set up khemah ada tournament badminton, nasib baik dalam campsite tu ada line. Boleh la tengok live.




Lepas live badminton baru start masak. Malam tu menu spaghetti aglio olio. Easy. Yang mudah2 jela kan time camping ni. Plan pun last minute. Janji kenyang perut.




Malam macam biasa la. Gossip2, makan kuaci. Oh ya, lupa nak bagi tahu yang dalam campsite ni ada dua camper je termasuk kami. So memang agak sunyi la, sesuai laa nak healing2. Hahahaha. Owner campsite awal2 dah bagi tahu yang dia stay kat situ, kalau ada apa2 ketuk je pintu rumah dia. Dia ingat kteorang takut kot, yela semua perempuan je. Yang camper satu lagi tu family, ada dua anak.

Malam tu minum kopi. Eh tak mangantuk pulak. Pukul 2 masuk khemah, pukul 230 baru tidur. Fatin and Dila dah tidur awal sikit.





Ingat tidur lambat bangun lambat. Pukul 6 mata dah tak boleh tidur. Dah bangun. Siap2 semua terus buat breakfast. Cucur ikan bilis dengan sardin. Awal2 dah function. Ni kalau dekat rumah ni sedap lagi membuta hahahaha.





Plan nya lepas Zohor dan boleh kemas2 nak balik. Campsite ni boleh check out pukul 6.

Sebelum balik kena masak lunch dulu, tetaplah dengan menu spaghetti. Kali ni spaghetti sardin pulak. Masak apa yang ada je. Roti pun ada.

Dah siap masak, makan. Kemas balik. Dak Fatin cakap dah lama dia tak deep sleep. Hahahhha boleh la kat situ tidur sambil dengar bunyi anak sungai.

Best walaupun sekejap je. Next time kita plan proper2 sikit ye.



Time balik ni kita dah tukar driver. Sebab nak tengok my bb tengah main badminton ☺❤

Comments

Popular posts from this blog

BACKPACK TO SWISS FOR 12 DAYS #PART1 (SWISS-LUXEMBOURG-BELGIUM-AMSTERDAM)

CAMPING YAK YAK YEAH: TASIK BIRU CHINCHIN #1