TRAGEDI AIR TERJUN SEKAYU ! (THROWBACK)

 Salam and hi!

Ni cerita wayyyyy back to 2014. OMG daaaa 7 tahunn. Hahahahaha tapi incident tu masih segar di ingatan. Terasa nak share entry sebab pagi2 ada Whatsapp dari Qeela ckp teringat kejadian tu. Hahahahaha.

Cerita dia bermula pada suatu pagi yang tenang and myb time tu sedikit panas. Tak berapa ingat siapa yang usulkan cadangan  but one thing for sure, kesemua kami agree untuk menyejukkan diri di Air Terjun Sekayu.

Kami includes;

-Zureen

-Safraa

-Qeela

-Mas


Dengan pantasnya kami bersiap, dan tanpa memberitahu sorang umat manusia lain not even our family, kami terus pergi tanpa berfikir sesuatu akan berlaku.

FYI, kteorg semua ni bukan first time pergi, so thats why tak rasaa takut nak pergi sana even mmg tahu banyak tragedi2 yang jadi kat sanaa. 

Sampai je kat air terjun tu, kteorang takde la naik atas sangat. Just ok2 untuk mandi. Tapi masa tu yg peliknya tak sorang pun ada kat kawasan tu. Sebelum ni pergi ada la jugak orang. Myb jugak kteorang pergi tu dah nak dekat petang. Huh kisah pulak kiteorg, dah le semua macam gila nampak air. So, apaa lagiii terjunnnn laaaaa.

Tempat yang kteorang pilih tu mcm tak banyak batu sgt tapi sebab kami sukakan adventure, nak pergi tempat ade air terjun sikit, yg air dia laju. Macam mana nak cakap ea.....


Hah nak pergi macam kat situ laaa. Baru best ada air laju2. Hahahaha. Yang Lead Zureen sebab dia paling confident sebab dia pandai berenang katanyaa (ni lepas dapat confirmation dengan tuan badan). So aku paling belakang sebab paling pendek. Hihihihihii.

So kami pun lompat2 la atas batu nak ke air laju tu. Masa tengah lompat2 atas batu tu aku tengok air tu macam gelap. Orang kata kalau air tu nampak macam gelap, tempat tu dalam. Tapi dorang kata takpe kat sini ada batu, pijak batu ni je. Aku pun ikut je sebab memang nampak ada batu kat situ.

Tapi yang peliknya, lepas dorang pijak batu tu, aku tengok semua da masuk dalam air, rasanya yang last tinggal aku dengan Qeela or safra. So fikir logiknyaa aku dengan sorg lagi ni selamat la kan. Myb sebab nak tolong capai tangan dorang, semuaaaaa masuk dalam air. Dalam air yang gelap tu.

Masa ni lah bermulanya survival kami untuk tidak lemas. Hahhahhaa bila fikir2 balik kelakar, kadang2 seram. 

Masa tu semua menggelupur sebab kaki memang tak jejak bumi. Tapi sebenarnya tak jauh drpd kteorg tu ade je batu. Kalau terapung boleh je gerak ke batu tu. SO FIRST THING KALAU LEMAS JANGAN NERVOUS. Sebab kalau nervous dan tak bertenang mmg tak akan boleh terapung. Tu yang realize time tu. Seingat aku time semua da menggelupur tu, kaki aku sikit lagi nak jejak batu. Jari kaki dah sentuh batu dah. Tapi sebab semuaaa cemass, ada yang tarik baju aku. Tak dapat la aku nak jejak kat batu tu. Time tu aku nervous jugak tapi masih boleh bertenang, so aku boleh la gerak ke tepi sikit. tempat yang ada batuu tu tapi nasib tak menyebelahi. Hihihiihiii.

Dalam pada semua tengah cemas tu, sumpahh time tu macam penat gilaaa. Tarik tudung, tarik baju. Nampak kawan macam dah tenggelam. Mixed feeling betul masa tu. Time tu aku nampak Safraa and Qeela ada dekat dengan aku, so aku pegang dorang suruh bertenang. Bertenang la diorang sekejap.

Tak lama lepas kami kembali menggelupur. Dapat la kot bernafas kejap. Hahahaha tapi time tu aku memang tak nampak Zureen. Safraa cakap dia nampak Zureen dah tenggelam kat dalam air. OMG !!

Selepas beberapa lama, time tu aku memang mcm da give up jugak, sempat fikir siapaa yang akan jumpa mayat 4 sekawan ni. 

Tapi dengan izin Allah, dan umur kami semua masih panjang. Safraa dapat pijak pasir kat tepi. So first thing yang dia buat is tarik Zureen sebab takut dia da tenggelam. Aku dengan Qeela masih lagi menggelupur bersama. Hahhaaha.

Ada satu part lepas Saf dah selamat Zureen, si Qeela ni nampak laa yang dorang ni dah selamat. Nak tau tak apa dia buat kat aku :) Dia benam kepala aku semua dia boleh lonjak and jerit. Bila da settle semua tu aku ada tanya dia;

M: Qeela, asal kau benam kepala aku?
Q: aku nak jerit la, nanti safraa tak perasan kita belum selamat.

Hahahahhahahaha. Time Qeela benam aku tu, aku sampai nampak kaki dia, tapi kaki aku masih tak jejak. Boleh bayangkan berapa dalam tak. Eeeeeeeeeee bilaa ingat balik serammmmmmmmmmmmmmmm.

Lepas Qeela jerit tu, Saf terus tarik dia. Dan kami pun selamat. Nak balik tu Qeela cakap tak boleh drive. So aku yg kena drive, Saf belum ada lesen, Zureen tak boleh bawak manual. Time tu dah nak malam, ak bagi tau la aku tak bawak spec. Acane? 

Bawak jela slow2. Plannya nak solat kat rumah je. Pastu dorang ni cakap baik kita solat je la dulu. Nampak masjid berhenti. So sembahyang maghrib di suatu surau. Masa nak masuk tu semua pandang, aku pelik jugak. Tapi myb sebab tak pernah nampak muka kteorg. Masa solat tu, time dah nak habis tiba2 lampu terpadam. Cerita horror apaa pulakk niii. Dalam hati time ni Allah je tau. Masa solat tu pun orang macam nampak tak nampak je kteorg ni. 

Aku sampai fikir eh kita ni dah mati ke. Macam dalam cerita hantu Thailand 4phia yang 4 sekawan mati lemas time main boat rafting tapi tak sedar yang dorang semua dah mati. 

Tapi lepas tu nasib baik ada makcik tu tegur, dia tanya anak dari mana? Buat apa kat sini? So ok la at least aku tau dia nampak kteorang dan kami masih hidup. Lepas tu menangis lagi bersama2.

Tarikh kejadian: 11.09.2014
Tempat kejadian: Air Terjun Sekayu


Tengok mata kteorang dalam gambar tu, bengkak kan. Ye baru lepas nangis.


Bila ingat balik rasa seronok nyaaa study kat Unisza dulu, study tak bestt. Jalan2 n duduk dengan dorang ni yang besttt. Thanks for the memoriesssss. Lots of love ! Ahaks

Bak kata Qeela;

"kalau kita mati time tu, takde la Aurel, Andre & Sara "

Last jumpa semua time Zureen kahwin.








Comments

Popular posts from this blog

Final law student !

weii,,aku ingat kat KORANG!!

CAMPING YAK YAK YEAH: TASIK BIRU CHINCHIN #1