PETRONAS MALAYSIA OPEN 2022 #lateentry

Salam and hi !

PETRONAS MALAYSIA OPEN 2022 (1-3 JULY 2022)

Ni first time aku join event badminton. Minat memang dari dulu. Tapi dulu macam2 halangan, kewangan la, masa la, tak ada geng la. So sekarang bila semua dah stabil and macam mampu sikit baru plan dengan member, WANI. Macam mana pun MO ni kena jadi jugak.

Perjuangan nak dapatkan tiket memang susah payah la ceritanyaaaa. Hari yang dorang announce jualan tiket tu, aku dengan Wani dah ready dah. Rasanya 2 jam awal dah ready. Time tu plan siapa cepat dia beli dulu.

Tunggu punya tunggu website beli ticket tu jammmm. Aigoooo seram laa kan. Budak2 kat twitter pulak dah heboh2 dapat beli ticket. 

Sedihh dahh laa time tu, tiba2 organiser announce yang official website kena hacked. So organiser arrange date lain. So, long story short aku and Wani dapat lah ticket. Memang kteorang target nak beli ticket QF till Final je sebab match yang awal2 tu weekday, soo still kerjaaa. QF hari Jumaat (ponteng aa satu hari hihihihiihii)

Sepanjang pergi MO aku stay rumah Kak Teh kat Klang, jauh jugak tapi janji dapat pergi MO. 


QF- 1st July 2022



First day sampai awal, sebab tak sure lagi macam mana situation nyaaa. QF tu aku beratur tak panjang, Sebab memang sampai kat sana awal. So, kteorang antara yang depan2 jugak. Dapat la bergambar2 sikit.

Tapi yang sedih nyaaa sebab target LZJ masuk QF tapi malangnyaa kalah before masuk QF. Tapi atleast time QF tu adaa laa lagi wakil Malaysia.

First day sampai tu sempat laa pergi jalan2 kat food fest tu. Beli lagi satu jersey.



Addin ni jumpa depan2 hesmes nyaaaa laaa haiii. Hahahahahhahahaha

SF- 2nd July 2022

Time ni memang plan nak gerak awal sebab ada event sikit pagi tu. Legend vision ke apa namaa nyaa. Ingat kan orang ramai tak nak la join event tu sekali bila sampai orang beratur sampai dah pusing satu Axiata Arena tu. Agak2 ada dalam 1km  kot kteorang beratur.

Time ni dapat lah tengok Lee Chong Wei, Lee Yong Dae, Taufiq Hidayat etc.




Boleh laaa dari takde. Hahahahhahahaha. Misi utama pergi MO ni nak jumpa bb kita ni. Tapi nasib tak menyebelahi. Haihhhh

Final-3rd July 2022

Last day, tak ada sorang pun wakil Malaysia time tu. Tapi tak kisah sangat just enjoy je laa match yang ada. Lagi pun time ni kteorang dapat ticket upper tier. Jauhhh ke langit duduknyaaa. Hahhahahaha



Heboh laa nak lalu time aku nak bergambar. Huh !

Lepas habis match WA Kak Teh, ajak pergi tengok wayang. Teringin nak tengok cerita minion. Hehehehehehehhe.

Kak Teh beli ticket and kteorang pun gerak ke Central i-city Mall. 


Ni time mula2 masuk. Excited lagi. Lepas aku dengar Minion tu borak. Ermmmmm langsunggggggg......




membutaaaaaaa. Bazir je tau, bayar mahal2 untuk tido. Cerita Minion tu pasal apa pun aku tak tau. Yang aku dengar suara dak Syauqi dok bergelakkkkkk. Best agaknyaa cerita tu. Heeeee

Dah habis cerita tu, dorang kejut la. Sekali pun aku tak terjaga. Betul punyaa selesaa laa.

S: Acik ni tidoo macam kat rumahh laaa.

M: Diam laa kauu. Acik kat mana2 pun boleh tidoo macam kat rumah tau. Tu talent tau, kau apa tau hahahahahahahhahaha.

Cerita pasal tido ni, sebenarnya dalam Axiata Arena yang bising gilaaaaaa tu pun aku boleh tidoo. Nak pergi tido kat surau tapi surau kat sana kecik. Menggangu orang nak solat pulak. Tu yang main pakai tidoo je tu.  Member pun pelik laa. 

Untuk seat kteorang sepanjang MO ni,

QF- lower tier (ok nampak jugak even jauh sikit la)

SF- premium (niceeeee, lepas ni boleh target tempat ni)

Final- upper tier (jadi geng semut je laa kau)

So marilah kita menabung balik. Dengar kata ada lagi event kat Malaysia hujung tahun ni.


Ciaoo !













Comments

Popular posts from this blog

Final law student !

weii,,aku ingat kat KORANG!!

CAMPING YAK YAK YEAH: TASIK BIRU CHINCHIN #1