Wednesday, June 21, 2017

Borak-borak bulan puasa !

Salam and hi!

Ni kejadian dalam bulan puasa OTW dari Melaka ke Muar.

Ye, I know it's not a long journey punnnnnn. BUT since naik kereta dengan Boss, dia punya slow aku pun tak tau nak gambarkan macam mana. Dia tahu da yg kteorg gerak dah lambat sebab lepas g Muar dia kena hantar aku balik Jasin lagi. Haih.

Sepanjang dalam kereta, banyak sgt idea and soalan yg dia nak tanya kat aku. Aku dah la malas nak layan. Sebelum bertolak tu dah la jumpa client dekat KFC. KFC tauuu tak??? Bau ayam diaaaaa, urmmmm. Tapi sebab aku puasa, Boss pun tak nak makan. Dia kata tak baik la, sebab macam tak hormat. Actually, aku okay je. 

Antara soalan dia is;

Siti, apa u nak jawab kalau org cakap dengan u, eh kenapa bela perogol, perompak? Kan dia memang salah. So, apa u nak cakap.

Aku diam.

Siti? 

Senyum je. Sebab dalam fikiran aku, aku belum ready kot untuk kes2 jenayah berat macam tu. 

Dia sambung lagi, owh ok, u puasa kan? U tak payah jawab. U dengar je ape I nak cakap  k.

Hurm. (Suka hati kau laaa nak cakap apa pun, aku mmg malas nak cakap)

Dan dia teruskan membebel sampai, dah nak masuk Merlimau ada one topic yg sangat interesting dia cakap.

Siti, U nak cuti raya berapa hari?

(hah, ni yang nak dengar sebenarnya, sambil tunjuk muka eksaited) U biasa bagi berapa?

I ok je. U mintak la, kalau over sangat kita bincang la. 

(aku diam balik, sebab tak tau nak mintak berapa lama sebab semua orang dah naik keje, kalau cuti sorang2 apa nak buat)

Owh ok la, u fikir, by this Friday U just let me know.

OK.

Dan dia senyap, sampai ke Muar, aku pun macam nak tertido2 dalam kereta.

Satu pun cerita dia sepanjang perjalanan tu, takde satu pun masuk otak aku. 

Konklusi nya, kami bertolak balik dari Muar pukul 5.30, and aku nak bagi tahu yang ESOK nya aku kena attend case at SEREMBAN HIGH COURT. Attend case is not a problem but the problem issssssssss AKU TAK SIAPKAN LAGI PAPER WORK SEBAB IKUT BOSS G JALAN2 SATU HARI ! So ak stay back ofis sampai pukul 7. Beli lauk bungkus la apa lagi. And untuk hari tu sebab aku puasa, boss ikut puasa jugak satu hari

"SITI, HARI NI I PUASA SEKALI DENGAN U"

ok la tu, rasa la satu hari puasa.
p/s: dia tak puasa pun sebab dia berhenti isi minyak pastu beli air gas minum. just tak minum depan aku je 

No comments:

Post a Comment